Thursday, 24 October 2019

PENCARIAN DROPSHIPPER

Salam ceria Salam BeauSkin semua,


Hai hai hai hai..
K.long kembali semula gais..
Kali ini k.long baru ada kekuatan buka peluang untuk uols di luar sana rebut.
Ambik peluang bagi yang nak buat side income sampingan geli-geli atau income tetap, pun boleh.  Uols tentukan sendiri..

Permulaan, k.long open for dropship jer dulu ya sebab target k.long sasarkan kepada adik-adik atau suri rumah yang baru nak belajar berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ni.  Kalau k.long fikirkan keuntungan, dah tentu k.long akan pilih ejen atau stokis kerana mereka-mereka ni dah pasti jerung dalam biz sebegini kan..??

Ok, straight to the point jer lh eak..??

Sebelum tu, k.long sharekan sikit ..


Keuntungan Sebagai DROPSHIP MAE BEAUSKIN SECRET ESSENCE

Terbuka kepada anda yang serius nak tambah income.

Syarat-syarat 
  1. Layak terima 7% diskaun pada setiap pembelian
  2. DS bebas mempromosikan jualan/iklan mereka di mana-mana media dan laman sosial samada offline or online, FREE or PAID advs.
  3. DS dibenarkan membuat tawaran harga kepada para pelanggan sehingga 5% diskaun ATAU selagi mana ianya berpatutan, sesuai untuk jualan dari harga pasaran item tersebut.
  4. Harga items yang diiklankan adalah tidak termasuk postage.
  5. HQ akan tanggung kos postage sebanyak RM3.00 ke mana-mana destinasi (tidak termasuk kos jika COD)
  6. DS yang capai sales tertinggi bulanan akan dapat diskaun ejen. *dikira dari keseluruhan order untuk bulan tersebut sahaja)
  7. Accumulate point tertinggi setiap tahun akan dapat REWARD MENARIK dari HQ.

Kelebihan menjadi DS
DS TIDAK PERLU
  1. modal permulaan
  2. simpan stok
  3. susah-susah urus postage

Tanggungjawap setiap DS
DS HANYA PERLU
  1. promot/iklan/kenalkan
  2. approach and entertain customer
  3. deal price seperti yang telah dipersepakatkan

DS <=> Customer
  1. perjanjian jualbeli dipersetujui
  2. harga customer telah ditetapkan
  3. please include postage charges in every deal by courier

Urusan Final DS <=> HQ
  1. Inform HQ beserta id DS
  2. Slip bukti bayaran (price ds + postage cost)
  3. details customer untuk tujuan courier ie
    • alamat, 
    • contact customer

HQ
  1. To process order after confirmation on successful payment
  2. Delivery will be arranged within 1@2 days. 
    • EXCLUDED, SATURDAY SUNDAY and PUBLIC
    • any delay will be notify 
  3. Items sold is NOT returnable or refundable
  4. Pihak HQ sentiasa akan memastikan setiap barang adalah dalam keadaan BAIK dan dibungkus dengan SELAMAT sebelum di pos.
  5. HQ berhak membuat liputan terhadap anda sebagai bantuan mempromosikan DS yang SAH.


=====+++=====+++=====###=====+++=====+++=====

Jika anda berminat dengan tawaran kami di atas, sila isi details anda di bawah untuk urusan pendaftaran dan data simpanan HQ.


Nama ringkas :
Nama penuh :
No. watsap :
Bank :
Acc No. :
Alamat :
Umur :


Send details ni ke www.wasap.my/60142770414/dsbeauskin

Dengan ini pihak HQ mengucapkan SELAMAT DATANG/WELCOME dan TERIMA KASIH/THANK YOU kerana kesudian anda bersama kami.

Wassalam dan GudLuck gais.



Sunday, 14 July 2019

MAE BEAUSERUM THE BETTER

Salam sejahtera gais,

Nak Tahu Tak Kepentingan Ber Serum..??
Harini, kami mempunyai kelapangan masa untuk berkongsi dan mungkin boleh kita bahaskan tentang kepentingan SERUM di ruangan komen di akhir posting ni nanti ya gais.

Sebelum kami lanjutkan perkongsian ini, suka kami nak umumkan bahawa produk serum kami yang ditunggu-tunggu kini telah siap dan lengkap sepenuhnya.  Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah jua selayaknya.

MAE BeauSerum - kini berwajah baru, lebih anggun dan eksklusif serta telah diperkayakan dengan bahan-bahan semulajadi, juga telah melepasi ujian makmal serta telah diluluskan untuk edaran dan pasaran.

Ok, kembali kepada topik kita tadi.  Perlu juga kami tegaskan sebelum uols membeli sebarang jenis atau jenama serum, fahami dulu jenis kulit kalian untuk penjagaan yang betul dengan lebih berkesan.  Setakat harini diketahui ada 5 jenis kulit yang dikesan oleh pakar dan kami cuba kongsikan sedikit info 3 darinya yang biasa bagi kebanyakkan orang kita ya.


1. Kulit NormalCan't say much, coz those who have this type of skin are less worried and relaxed easily.

Ohhh!! bahagianya dunia.  Kebiasaan kulit normal ni tidak terlalu kering atau terlalu berminyak dan jarang mengalami masalah yang teruk.  Jerawat pemanis pun sesekali jer muncul dan pergi dengan senangnya.  Liang roma dan pori juga sedang elok dan kelihatan wajah ini selalu tampil berseri-seri.

Jelez kan..??

2. Kulit Berminyak - Jenis kulit yang paling tidak digemari kerana paling senang disinggahi cikwat (jerawat).  Tekstur kulit yang lebih kasar kerana liang pori lebih terbuka sehingga ada yang sangat jelas kelihatan.  Selain cikwat, blackheads, whiteheads sentiasa 'berkampung' dan mudah meninggalkan kesan parutnya.

Jika bermekap mudah pudar atau cair disebabkan kelenjar aktif mengeluarkan minyak dan wajah nampak lebih berkilat.  Boleh mengakibatkan depresi kerana menjejaskan penampilan diri dan nampak seperti tidak terjaga dan diurus dengan baik.

Tetapi kelebihan uols kulit wajah berminyak ini adalah proses penuaan anda lambat.  

Tahniah gais..!!

3. Kulit Kering - Kusam, pudar, suram, lebih kasar dan kesat, kelihatan tidak bermaya, hilang seri lah senang story.  Liang roma atau pori hampir tidak kelihatan dengan kehadiran garis-garis halus dihujung mata, bibir dan dahi.  Normal bahasanya tanda-tanda penuaan.  

Tahap sebum yang sangat rendah.  Jika tidak dijaga dengan kelembapan, kulit cepat merekah dan terbakar serta menggelupas jika terdedah direct kepada sinar uv yang terik.

Sooo Sorry but No Worry ya gais.. say yeaayyy !!!

So, setakat di atas, kami berharap sedikit sebanyak uols dah kenal ya jenis kulit masing-masing.  

Now, back to main story kita untuk posting kali ini adalah, PENTINGKAH SERUM  ni sebenarnya ya..??

Well, untuk kami yes penting sih jika uols seorang yang mementingkan penampilan dan penjagaan kulit wajah yang sihat dan secara semulajadi.

Umum semua tahu, penuaan itu mustahil kita hentikan, ya kan..??  Jadi, semakin usia meningkat tahap metabolisma, nutrisi, mineral dan kolagen kita juga turut merosot ditambah faktor persekitaran dan pemakanan kita seharian kan..??  Ketahuilah bahawa SERUM itu mampu bertindak jauh lebih hebat dari krim pelembab biasa.


Apakah Sebenarnya SERUM itu..??

Serum adalah salah satu produk perawatan wajah yang kurang dipedulikan terutama golongan belia dan remaja.  Malah ramai juga yang tidak mengetahui kewujudan, kegunaannya dan bila keperluan untuk ber SERUM.

Serum yang bagus adalah berbentuk cecair jernih berasaskan air, mudah diserap dan terasa ringan dikulit serta bebas minyak.  Bahan-bahan asas aktifnya mengandungi antaranya - vitamin, mineral, antioksidan, asid amino, peptida, agen pencerah, hidrator atau exfoliator.  Kuasa penyerapan bahan-bahan ini jauh lebih pantas ke dasar kulit kerana molekul zat nano nya jauh lebih kecil dan 10 kali ganda menembus dan merata lebih tinggi dari pelembab biasa.

Serum khususnya digunakan untuk mengatasi dan merawat masalah kulit tertentu seperti bintik-bintik hitam, garis-garis halus dan kulit kering.

Serum adalah untuk semua golongan, cuma anda perlu menemukan jenis yang sesuai dengan current kulit anda sekarang.  Kami amat rekemen mereka jenis kulit berminyak untuk menggunakan MAE BeauSerum kerana selain ianya ringan di kulit ia juga diformulasikan tanpa tambahan minyak yang biasa ditemukan dalam pelembab.  MAE BeauSerum mampu mengawal dan mengurangi pengeluaran minyak di wajah anda.  Kebaikan menggunakan MAE BeauSerum, anda tidak perlu mengkhuatirkan lagi masalah  wajah berminyak dan boleh lebih fokus kepada masalah-masalah lainnya sahaja seperti memperhatikan kepada masalah noda hitam yang biasa dihadapi oleh mereka yang kulit berminyak.


Apakah Fungsi Bahan di dalam Serum..??

#Antioksida - mampu melembabkan kulit kering dan menghalang radikal bebas aktif.
#Vitamin C -  melambatkan proses penuaan, merawat kulit kusam, memudarkan bintik-bintik hitam dan bertindak sebagai antiradang.  Berupaya mencerahkan kulit kerana kadar vitC nya rendah sekitar 15% sahaja.  Boleh meningkat kepada 20% mengikut tujuan sesuatu serum tu juga ya gais..
#Vitamin E - mudah larut walau dalam minyak, amat sesuai untuk kulit rosak atau breakout.  Mampu melindungi kulit dari pencemaran asap rokok dan kenderaan, memulihkan sunburn, sinar UV dan menghilangkan rasa pedih kulit terbakar dengan lebih cepat.
#Kolagen - merupakan struktur utama asas kulit kita.  Terdiri dari asid amino dan vitamin yang menentukan keanjalan sesuatu kulit.  Kolagen ini akan berkurang semakin usia meningkat disamping faktor persekitaran, gaya pemakanan dan lifestyle seseorang.  Hanya 30% adalah kolagen dalam protein di badan kita yang digunakan untuk kekuatan otot, tendon, tulang rawan, salur darah dan lain-lain organ dalam tubuh kita.  Sikit sangat kan, gais..??

Dah lah sikit, ditambah lagi penurunan 15%-20% pula akibat peningkatan usia dan keanjalan kulit juga turut berkurang ketika ini.  Percaya atau tidak, begitulah hukum alam ya, gais.  Kajian mengatakan, selepas usia 20an, badan menghasilkan kurang dari 1% kolagen untuk kulit setiap tahun..!!??

Akhir kata, BERILAH PELUANG MAE BEAUSERUM untuk membantu mengatasi masalah kulit anda.



Anda ada masalah yang mahu dikongsi bersama kami..??  Boleh komen di bawah ya.  
Bantu kami juga untuk di FOLLOW, SHARE dan SUBSCRIBE ya gais..







Monday, 17 June 2019

SKINCARE IS FOR EVERYONE - YOU DESERVED THE BETTER

SET PENJAGAAN WAJAH@KULIT adalah penting bagi mereka yang menitikberatkan penampilan wajah dan semua orang berhak dan boleh menggunakannya.


Maksud skincare itu sendiri adalah penjagaan dan sepatutnya sesuatu set atau produk mampu menjaga dan merawat semua jenis kulit tak kira lah sama ada produk tersebut berjenama terkenal atau yang biasher-biasher local atau international.


Perasan atau tidak, saban hari saban bulan dan saban tahun pasti ada hakak-hakak, adik-adik-adik, makcik-makcik malahan nenek-nenek dan kaum adam juga tidak ketinggalan mencari-cari produk dan jenama skincare yang sesuai untuk mereka kan..?

Tetapi, berapa ramaikah yang tahu akibat dari selalu dan sering bercampur-campur produk skincare itu sendiri akan menyebabkan "kejutan budaya" ke atas kulit wajah anda..??

Tidak semuanya disebabkan oleh sesuatu jenama tersebut tetapi oleh kerana kemungkinan KETIDAKMAMPUAN kulit kita menyerap sesetengah bahan-bahan aktif di dalam setiap jenama skincare tersebut yang pastinya berbeza-beza mengikut target founder mereka.

Disebabkan itu juga, kebanyakkan produk skincare didatangkan dalam 'COMPLETE SET' dari facial hingga kepada sunblock dan lain-lain.

Untuk info PENTING yang ramai kita pengguna tidak ketahui ialah :

Produk skincare untuk

1. kulit jenis kering, gelap, suram, kusam, aging dan berjeragat

TIDAK SESUAI ATAU TIDAK DIGALAKKAN 

digunapakai oleh mereka yang bermasalah

2. kulit jenis berjerawat dan berminyak

Ini kerana, bahan-bahan aktif di dalam kedua-dua produk ini adalah berlawanan sama sekali.

Kulit jenis 1, bahan aktifnya sudah tentu yang boleh melembab serta menganjalkan kulit wajah.

Manakala kulit jenis 2, yang sedia asal lembab dan basah yang senang dihinggapi jerawat, memerlukan produk penjagaan dimana bahan-bahannya mampu mengurangkan masalah-masalah tersebut kan..??

Senang cerita, jika kulit jenis 2, menggunakan produk untuk kulit 1, kemungkinan jerawatnya akan bertambah 'meriah'.  Kerana bahan-bahan produk 1 itu menambah kelembapannya.

Ok, harap uols dapat hadam dengan apa yang kami cuba sampaikan setakat ini ya.

Seterusnya kita sambung untuk mereka dengan kulit jenis kombinasi.  Yang ini ada sedikit komplikasinya ya.  Tetapi, dun wori gais, masih ada solusi nya juga ya.

Jika anda menggunakan toner, HARUS disertakan dengan pemakaian MOISTURISER.  Better apply both sebab ada bahagian kering dan ada bahagian yang berminyak dan lembab.

Pastikan anda TIDAK terpengaruh dengan produk 'OVER CLAIM' ibarat pukoirata produk mereka sesuai untuk semua jenis kulit.  Ada yang o.k tak kurang juga yang k.o.  End of result adalah keupayaan kulit seseorang itu juga ya gais.  Lambat atau cepat efek nya bergantung kepada ketahanan dan keupayaan kulit kita yang berbeza-beza kan..??

Kesimpulan dari penulisan kami di atas adalah, AMAT PENTING untuk anda membeli SET lengkap dan menggunakan produk skincare dari jenama yang sama.  Tidak kira ianya TERKENAL atau yang baru nak menapak.  

Dari pemerhatian kami juga, ramai di antara kita suka campur-campur produk sebagai rutin pemakaian sehari-harinya.
Cleanser jenama A, Serum jenama B, Toner jenama C, Moisturiser jenama D, at the end salah satu dari produk itu dikatakan TIDAK SESUAI untuk beliau.  Kebiasaannya produk baru nak menapak itu lah yang akan dijadikan musabab kepada MASALAH beliau.

DAH TENTU TIDAK ADIL KAN..??

Nasihat kami, kenali dahulu jenis dan sensitiviti kulit anda kemudian pilih produk skincare yang sesuai dan please!! BUY IN SET.  
Ada sebab kenapa produk penjagaan kulit ini dibuat dalam SET kerana ianya SANGAT PENTING untuk mengembalikan kelembapan dan keanjalan apatah lagi jika kulit kita sudah menampakkan garis-garis halus dan lingkaran kedutan di hujung mata, wajah nampak kendur, tidak bercahaya, kering dan kusam.

BUKAN kerana 'founder' nya syiok sendiri atau tamak semata-mata ya.


Tuesday, 7 May 2019

MAE BEAUSKIN FOR MEN

OFFERING FOR RAYA 

SET 3in1
1. BEAUSOAP - brightening facial deep cleanser
2. BEAUSERUM - anjal dan agingless
3. BEAUMOIST - spf30 and primer protection


Khas untuk angpa abah abam pakcik 


Thursday, 25 April 2019

MAE BEAUSOAP WHITENING FACIAL DEEP CLEANSER

BEAUSOAP juga dikenali dengan nama lain Beauty Scrub yang mampu menanggalkan sel kulit mati serta kotoran pada kulit.

Diperkaya dengan bahan semulajadi dan ditambah pula BROWN SCRUB dan EXTRACT GOLD yang terdapat dalam BEAUSOAP kami.  In Shaa Allah, ianya sangat bagus jika digunakan, wajah anda kelihatan bersih dan segar.  

Boleh digunakan sekerap selesa anda.  Jangan risau, BEAUSOAP tidak akan mengeringkan kulit wajah anda kerana terdapat PURE MARINE COLLAGEN yang mampu melembabkan kulit wajah anda.  


Fungsi dan Khasiat MAE BEAUSOAP WHITENING FACIAL DEEP CLEANSER
Struktur buihnya yang lembut, pekat dan 'creamy'

~ Didatangkan dalam bentuk bar/sabun sebagai pengganti dari jenis cecair.  

~ Kandungan AA digunakan sebagai ejen pencerahan wajah secara perlahan dan semulajadi.  

~ Ia juga mampu mengurangkan pengeluaran melanin (pigmentasi) kulit, serta melambatkan proses kulit menjadi gelap dan tidak kusam.

~ Pada sesetengah orang, ia boleh membantu memudarkan parut jerawat juga merawat 'sun spot' dengan lebih cepat seterusnya mencerahkan kulit keseluruhan, boleh juga digunakan sebagai sabun badan jika perlu.

~ Mengandungi vit C dan KA - terkenal sebagai gabungan bahan TERBAIK untuk mencerah dan mensekatakan tona kulit.

~ Efektif mengangkat kotoran, debu, sel kulit mati dengan tambahan 'brown scrub'.  

~ Disebabkan kandungan bahan-bahan aktif pilihan TERBAIK yang terdapat di dalam MAE BEAUSOAP WHITENING FACIAL DEEP CLEANSER ini, mencerah, menghaluskan, melembap serta menganjalkan maka ianya TIDAK AKAN MENGERINGKAN kulit wajah anda walau seberapa kerap anda mencuci muka.




Seketul 100g ni tahan lebih sebulan bagi penggunaan normal.


The Label


Wednesday, 24 April 2019

MAE BEAUSERUM

SET COMBO
20ml x 2btls

CLEARANCE STOCK 
BUY 1 GET 1 FREE

Limited Stock 
Sales until CLEAR