Monday, 17 June 2019

SKINCARE IS FOR EVERYONE - YOU DESERVED THE BETTER

SET PENJAGAAN WAJAH@KULIT adalah penting bagi mereka yang menitikberatkan penampilan wajah dan semua orang berhak dan boleh menggunakannya.


Maksud skincare itu sendiri adalah penjagaan dan sepatutnya sesuatu set atau produk mampu menjaga dan merawat semua jenis kulit tak kira lah sama ada produk tersebut berjenama terkenal atau yang biasher-biasher local atau international.


Perasan atau tidak, saban hari saban bulan dan saban tahun pasti ada hakak-hakak, adik-adik-adik, makcik-makcik malahan nenek-nenek dan kaum adam juga tidak ketinggalan mencari-cari produk dan jenama skincare yang sesuai untuk mereka kan..?

Tetapi, berapa ramaikah yang tahu akibat dari selalu dan sering bercampur-campur produk skincare itu sendiri akan menyebabkan "kejutan budaya" ke atas kulit wajah anda..??

Tidak semuanya disebabkan oleh sesuatu jenama tersebut tetapi oleh kerana kemungkinan KETIDAKMAMPUAN kulit kita menyerap sesetengah bahan-bahan aktif di dalam setiap jenama skincare tersebut yang pastinya berbeza-beza mengikut target founder mereka.

Disebabkan itu juga, kebanyakkan produk skincare didatangkan dalam 'COMPLETE SET' dari facial hingga kepada sunblock dan lain-lain.

Untuk info PENTING yang ramai kita pengguna tidak ketahui ialah :

Produk skincare untuk

1. kulit jenis kering, gelap, suram, kusam, aging dan berjeragat

TIDAK SESUAI ATAU TIDAK DIGALAKKAN 

digunapakai oleh mereka yang bermasalah

2. kulit jenis berjerawat dan berminyak

Ini kerana, bahan-bahan aktif di dalam kedua-dua produk ini adalah berlawanan sama sekali.

Kulit jenis 1, bahan aktifnya sudah tentu yang boleh melembab serta menganjalkan kulit wajah.

Manakala kulit jenis 2, yang sedia asal lembab dan basah yang senang dihinggapi jerawat, memerlukan produk penjagaan dimana bahan-bahannya mampu mengurangkan masalah-masalah tersebut kan..??

Senang cerita, jika kulit jenis 2, menggunakan produk untuk kulit 1, kemungkinan jerawatnya akan bertambah 'meriah'.  Kerana bahan-bahan produk 1 itu menambah kelembapannya.

Ok, harap uols dapat hadam dengan apa yang kami cuba sampaikan setakat ini ya.

Seterusnya kita sambung untuk mereka dengan kulit jenis kombinasi.  Yang ini ada sedikit komplikasinya ya.  Tetapi, dun wori gais, masih ada solusi nya juga ya.

Jika anda menggunakan toner, HARUS disertakan dengan pemakaian MOISTURISER.  Better apply both sebab ada bahagian kering dan ada bahagian yang berminyak dan lembab.

Pastikan anda TIDAK terpengaruh dengan produk 'OVER CLAIM' ibarat pukoirata produk mereka sesuai untuk semua jenis kulit.  Ada yang o.k tak kurang juga yang k.o.  End of result adalah keupayaan kulit seseorang itu juga ya gais.  Lambat atau cepat efek nya bergantung kepada ketahanan dan keupayaan kulit kita yang berbeza-beza kan..??

Kesimpulan dari penulisan kami di atas adalah, AMAT PENTING untuk anda membeli SET lengkap dan menggunakan produk skincare dari jenama yang sama.  Tidak kira ianya TERKENAL atau yang baru nak menapak.  

Dari pemerhatian kami juga, ramai di antara kita suka campur-campur produk sebagai rutin pemakaian sehari-harinya.
Cleanser jenama A, Serum jenama B, Toner jenama C, Moisturiser jenama D, at the end salah satu dari produk itu dikatakan TIDAK SESUAI untuk beliau.  Kebiasaannya produk baru nak menapak itu lah yang akan dijadikan musabab kepada MASALAH beliau.

DAH TENTU TIDAK ADIL KAN..??

Nasihat kami, kenali dahulu jenis dan sensitiviti kulit anda kemudian pilih produk skincare yang sesuai dan please!! BUY IN SET.  
Ada sebab kenapa produk penjagaan kulit ini dibuat dalam SET kerana ianya SANGAT PENTING untuk mengembalikan kelembapan dan keanjalan apatah lagi jika kulit kita sudah menampakkan garis-garis halus dan lingkaran kedutan di hujung mata, wajah nampak kendur, tidak bercahaya, kering dan kusam.

BUKAN kerana 'founder' nya syiok sendiri atau tamak semata-mata ya.